October 31, 2025
Program Kad Prihatin Penjaja dan Peniaga (Kad Penjaja) akan ditamatkan berkuat kuasa pada 6 Januari 2026

Dimaklumkan bahawa Program Kad Prihatin Penjaja dan Peniaga (Kad Penjaja) akan ditamatkan berkuat kuasa pada 6 Januari 2026.
Untuk memastikan peralihan berjalan lancar, sila ambil perhatian terhadap tarikh dan tindakan penting berikut:
-Tarikh akhir penggunaan Kad Penjaja: 5 Januari 2026
-Tarikh akhir menggunakan baki dan penebusan Mata Ganjaran AEON (jika ada): 5 Januari 2026
-Tarikh berkuat kuasa penamatan: 6 Januari 2026
Mulai 6 Januari 2026, semua fungsi Kad Penjaja termasuk transaksi, penggunaan baki dan penebusan Mata Ganjaran AEON tidak lagi akan tersedia.
Untuk sebarang pertanyaan atau bantuan lanjut, sila hubungi:
AEON Credit Service (M) Berhad – Khidmat Pelanggan
📞 03-2719 9999
📧 customer.service@aeoncredit.com.my
Kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pemegang Kad Penjaja atas sokongan dan penyertaan anda dalam program ini. Terima kasih atas kepercayaan berterusan anda terhadap AEON Credit Service.
Sila rujuk pada Soalan Lazim (FAQ) yang dilampirkan.


